17 Mei 2024 – BPM Sabah dan Bomba Kota Marudu hari ini berbesar hati menerima lawatan kerja rasmi Presiden CEUPACS, Datuk Dr Hj. Adnan b. Mat ke Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu. Kehadiran rombongan Presiden CUEPACS disambut mesra PPjB Ts. Farhan Sufyan Borhan, Timbalan Pengarah JBPM Sabah, TPgB II Kamarudin Sogon, Pemangku Ketua Zon Kudat dan PPgB Mohammad Hasbi Hajat, Ketua BBP Kota Marudu dan beberapa pegawai jabatan.
Datuk Dr Hj. Adnan berkesempatan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pegawai Bomba yang setia berkhidmat tanpa mengira penat lelah demi memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat.