
15 April 2025 YS Pengarah JBPM Sabah, PKPjB Mohd Pisar bin Aziz dan rombongan telah mengadakan kujungan hormat kepada Setiausaha Persekutuan Sabah Dato’ Seri Haji Rosli bin Isa di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.
Kunjungan Hormat merupakan kunjungan pertama YS Mohd Pisar bin Aziz sebagai Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah yang baharu sejak pelantikan beliau berkuatkuasa pada 7 April 2025.
Objektif lawatan ini juga adalah bagi merakyatkan perkhidmatan kebombaan selaras dengan hasil kerajaan agar perkhidmatan kerajaan dapat diberikan dengan baik kepada rakyat.
PKPjB Mohd Pisar bin Aziz sebelum bertugas sebagai Pengarah Jabatan bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka dan sangat berpengalaman dalam bidang penyiasatan kebakaran dan keselamatan kebakaran.

