Syabas dan Tahniah
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Dron ‘Sabah Maju Jaya’ Anjuran Pejabat Parlimen P.190 Tawau Tahun 2024. telah diadakan pada 2 november 2024 dan telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Hj Mohd Arifin bin Datuk Hj Arif, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah dari Zon 5 Tawau telah memenangi Video terbaik ‘Best Of Best’ bagi Kategori Jabatan Kerajaan di Daerah Tawau.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Arif berkata, teknologi dron mempunyai penggunaan yang meluas dan mampu untuk menyelesaikan beberapa isu dengan segera.
“Ini kerana kita mengakui bahawa integrasi teknologi ini ke dalam ekonomi Sabah akan mempunyai pulangan yang besar untuk kemajuan dan kemakmuran negeri kita.
Arifin berkata, pihaknya turut memuji usaha Ahli Parlimen Tawau Datuk Lo Su Fui dalam mendedahkan lebih awal kepada anak-anak pelajar khususnya di peringkat sekolah rendah berkaitan teknologi dron.
“Selaku menteri bertanggungjawab, saya menyokong sepenuhnya usaha seperti ini dan mengharapkan agar usaha ini bukanlah kali pertama dan bukan juga kali yang terakhir,” katanya.