Gotong Royong Perdana JBPM Negeri Sabah

10 Oktober 2025. Program Gotong Royong bersama semua kakitangan Ibu Pejabat Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah telah diadakan dengan jayanya.

Program ini bertujuan untuk menambah keceriaan dan kecerahan persekitaran bangunan Ibu Pejabat JBPM Negeri Sabah, di samping mengeratkan lagi semangat kerjasama serta silaturahim antara warga kerja JBPM.

Semangat kebersamaan ini mencerminkan nilai murni warga bomba yang sentiasa komited bukan sahaja dalam tugas penyelamatan, tetapi juga dalam menjaga kebersihan dan keindahan tempat kerja.

gotong2
gotong6
gotong8
gotong
gotong3
gotong5
ms_MYMalay