18 Disember 2024 Bomba Sabah berbesar hati menerima kunjungan hormat TKP Hajah Nora binti Musa Pengarah Penjara Negeri Sabah dan W.P Labuan dan rombongan.
TKP Hajah Nora binti Musa dan rombongan diraikan YS PKPjB Jainal @ Zainal bin Madasin berserta pegawai-pegawai kanan jabatan.
Hajah Nora diberikan taklimat pengenalan jabatan dan turut diperkenalkan pegawai-pegawai kanan jabatan.
Semoga lawatan ini dapat mengukuhkan lawatan jalinan kerjasama antara jabatan dan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat dan negara amnya.