Pada 16 September 2024 bersamaan 12 Rabiulawal 1446H telah berlangsung Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC). Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya, YS PgKB I Tuan Ashari bin Johari bersama Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah turut serta dalam sambutan ini.