8 Oktober 2022 (Sabtu) – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2022 Peringkat Ibu Pejabat dan JBPM Putrajaya yang melibatkan semua kakitangan bersama YAS Dato Sri Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM serta Pengarah-pengarah Bahagian dan turut hadir Pengarah JBPM Putrajaya YS PgKB I Nor Arifin bin Kamari.
Aktiviti-aktiviti yang diadakan seperti senam arobik, berlari mengelilingi Ibu Pejabat, ping pong, badminton dan bola tampar.
YS Pengarah JBPM Putrajaya turut serta dalam acara senamrobik. Antara pegawai-pegawai dan anggota yang menyertai senamrobik sempena Hari Sukan Negara. YS Pengarah bersama pegawai dan anggota bermain bola tampar di perkarangan engine bay.