8 November 2022 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Bangunan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam Presint 2, Putrajaya. Seramai 547 orang kakitangan termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja pembersihan terlibat dlm latihan ini yg dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husaim (Bahagian Latihan) dan Pasukan B, BBP Presint 7 yg diketuai oleh PBK II Khairel Azman Bin Not. Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.45 pagi.
Pemerhati JBPM Putrajaya diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Pegawai Bahagian Latihan) bersama 1 org pegawai dan 3 anggota.
Pegawai pemerhati ditemani anggota-anggota bomba yang lain sedang memeriksa Bilik Kawalan Bangunan LPPSA. Kakitangan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam sedang berkumpul di Tapak Perhimpunan. Pegawai Bertugas sedang memerhatikan maklumat mengenai Latihan Kebakaran. Pasukan Bomba sedang menjalankan tugas untuk menyelamatkan mangsa di aras 1 dengan menggunakan Lif BOMBA. PBK II Khairel Azman Bin Not (Penyelia) sedang mendapatkan maklumat dan laporan daripada Encik Amran Firdaus (Ketua Insiden) Anggota Bomba sedang membawa mangsa keluar ke tempat yang selamat. PBK II Wan Mohd Zamani Bin Wan Mohd Ramli bersama anggota pasukan B sedang melapor kepada PKPgB Lizawati Binti Mohd Nasir setelah selesai latihan kebakaran dan pengungsian bangunan. Post-mortem bersama Jawatankuasa & OKK yang terlibat dalam Latihan Kebakaran (Fire Drill). PKPgB Mohd Taha Bin Husain (Pegawai Bahagian Latihan) mewakili Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima cenderamata daripada pihak LPPSA