Dimaklumkan YS Pengarah membuat lawatan di Kursus Pengukuhan Technical Rope Rescue (TRR) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya sedang berlangsung bermula pada 8 Mac 2022 hingga 10 Mac 2022 bertempat di Padang Kawad BBP P7 Dan Sungai Tekala Hulu Langat, Selangor. Kursus anjuran Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya ini dikendalikan oleh TPgB Mohd Yaacob Bin Jusoh @ Yusoff (Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, JBPM Putrajaya) selaku Penceramah dengan dibantu oleh Fasilitator PBK II (KUP) Raimy Erwan Bin Mahadi (BBP P14) manakala Penyelaras Kursus adalah PKPgB Mohd Taha Bin Husain. Seramai 19 peserta daripada bahagian di JBPM Putrajaya, BBP P7 dan BBP P14 telah menyertai kursus ini. Kursus hari ketiga diadakan di Sungai Tekala Hulu Langat turut di hadiri anggota dr BBP Semenyih seramai 6 orang. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kesiapsiagaan pegawai dan anggota bagi menghadapi situasi operasi penyelamatan.