8 Mac 2022 – Satu Kunjungan Hormat oleh YS PgKB I Nor Arifin bin Kamari ke Hospital Putrajaya telah berlangsung pada 8 Mac 2022 . Di dalam pertemuan ini kedua-dua belah pihak telah membincangkan secara lebih komprehensif isu-isu keselamatan bangunan dan penguatkuasaan bahaya kebakaran, disamping membincangkan kesediaan pihak hospital menghadapi kecemasan berskala besar serta sistem pelaksanaan kecemasan yg dilaksanakan dan Fasiliti Kecemasan Darurat yg tersedia.Turut bersama dalam kunjungan ini adalah Penolong Pengarah Bhg Keselamatan Kebakaran PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin dan Ketua PRO TPgB II Azalin Samdin manakala pihak Hospital Putrajaya diwakili oleh Timbalan Pengarah DR Muhd Azhar Merican, Puan Hazwani binti Rabuan Timbalan Pengarah Pengurusan, Dr Khairi -Pengurusan Perubatan, En Haslan-Penyelia Hospital, Matron Delaila Nurul Insyirah – Ketua Unit Perhubunhan Awam