PUTRAJAYA : 7 September 2023 (Khamis)
*KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI STESEN JANAKUASA PUTRAJAYA KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA*
Seramai 9 Orang Pegawai dari Stesen Janakuasa Putrajaya yang diketuai oleh Ir Tuan Haji Wan Mohd Fauzi bin Wan Sulaiman General Manager Stesen Janakuasa Putrajaya telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Putrajaya. Dalam Sesi Kunjungan tersebut kedua-dua pihak telah membincangkan perkara-perkara dan membentuk kerjasama yang dapat memberikan kemanfaatan untuk JBPM Putrajaya dan Stesen Janakuasa Putrajaya. Serentak itu juga JBPM Putrajaya telah mengadakan Sesi Penyerahan Perakuan Bomba kepada Stesen Janakuasa Putrajaya dan majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama YS Pengarah dan Pegawai Kanan Jabatan serta “Abang Bomba” bertempat di Bay Jentera BBP Presint 7.