KURSUS PENGENDALIAN JENTERA TURN TABLE LADDER (TTL) JBPM PUTRAJAYA 2022
Rabu, 7 September 2022 –
JBPM Putrajaya
Kursus pengendalian Jentera Turn Table Ladder( TTL) telah diadakan bermula 6 hingga 8 September 2022 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14, kursus ini telah dihadiri oleh 2 orang anggota dari BBP Presint 7, 7 anggota dari BBP Presint 14 dan 1 orang dari Unit Kejuruteraan, kursus ini telah dikendalikan dibawah tunjuk ajar Tn Haji Hood bin Haji Abdullah Ketua Unit Kejuruteraan JBPM Putrajaya yang berpengalaman luas dan objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dan pembiasaan dalam pengendalian jentera TTL serta dapat mengenalpasti kelebihan dan kemampuan Jentera ini. YS PgKB I Nor Arifin bin Kamari sempat meluangkan masa hadir bersama menyaksikan bagaimana kursus ini dilaksanakan serta turut berbesar hati bergambar bersama Ketua Balai BBP Presint 14, Penceramah dan semua peserta-peserta kursus.