JBPM Putrajaya – Bulan Ramadhan adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hambanya, sejajar itu juga satu Majlis Iftar Ramadan dan Solat Tarawikh telah berlangsung pada 7 April 2022 (Khamis) bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, JBPM Putrajaya. YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya, PP Bahagian dan anggota balai serta warga JBPM Putrajaya hadir bersama mengimarahkan majlis tersebut, Semoga kehadiran tuan/puan pada majlis ini akan beroleh rahmat dan meningkatkan ukhwah dikalangan warga kerja JBPM Putrajaya serta memperolehi keberkatan dari Allah s.w.t.