Putrajaya – 6 Oktober 2022 : Latihamal “Disaster Management Exercise (D-MEX)”

06 Oktober 2022 ( Khamis )
JBPM Putrajaya – Latihamal “Disaster Management Exercise (D-MEX)” telah dilaksanakan di Padang Kawad, BBP Putrajaya dengan penglibatan Pegawai di Bahagian, BBP Presint 7 dan BBP Presint 14.

Latihamal D-MEX ini dijalankan bertujuan untuk menguji Pengurusan Organisasi ICS semasa sesuatu bencana terjadi serta menguji kesiapsagaan anggota dalam menghadapi sebarang bencana yang kompleks.

Latihamal D-MEX ini juga adalah untuk melihat mobilisasi aset dan tenaga manusia semasa keadaan bencana di tempat kejadian.

Aspek-aspek penyelamatan serta pemadaman juga turut diuji bagi memastikan pengurusan operasi mengikut prosidur-prosidur yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

ms_MYMalay