LAPORAN AWAL RONDAAN PEMANTAUAN KAWASAN BERISIKO BANJIR
TARIKH : 06/07/2023
MASA MULA : 1622HRS – 1730HRS
KEANGGOTAAN DAN JENTERA :
BBP PRESINT 7- 12X ANGGOTA dan – 2X LFRT ( BJU 61 & BJU 50)
BBP PRESINT 14 – 8X ANGGOTA dan 1X FRT (BMF 994)
LOKASI PEMANTAUAN / RONDAAN : BBP PRESINT 7 ( JALAN TASIK PRESINT 11 & KEDIAMAN KSN, PRESINT 10) & BBP PRESINT 14 (JALAN P15H PRESINT 15 – JALAN PRESINT 17- JALAN PRESINT 16
LAPORAN AKHIR : Hasil pemantauan mendapati sebuah kereta terkandas di dalam air yang bertakung diatas jalan raya, di jalan P15H Presint 15. Kawasan-kawasan lain berada di dalam keadaan baik dan terkawal. Pemantauan semasa juga dilakukan melalui CCTV dan kerjasama maklumat berkaitan melalui Putrajaya Command Centre (PPj) juga dilaksanakan.
TINDAKAN ANGGOTA : Mengalihkan kereta yang terkandas ke tempat selamat. Pasukan juga memeriksa keadaan longkang – longkang dikawasan sekitar, memeriksa paras air di kawasan – kawasan yang berisiko air bertakung dan melakukan pembersihan sampah sarap yang menghalang laluan air mengalir ke longkang.
KEADAAN CUACA SEMASA : Hujan renyai-renyai