JBPM Putrajaya – 4 April 2022 (Isnin), Satu majlis ringkas bagi meraikan pertukaran Cik Vasantha a/p Rajagopal yang akan bertugas di Kementerian Pembangunan Luar Bandar bermula dari 6 April 2022 telah diadakan di Bahagian Pengurusan, JBPM Putrajaya dan pihak jabatan berbesar hati telah menyampaikan sumbangan sejambak bunga kepada Cik Vasantha a/p Rajagopal sebagai tanda terima kasih sepanjang berkhidmat di JBPM Putrajaya. Di samping itu juga YS Pengarah merakamkan ucapan selamat datang kepada Cik Nur Aisyah Binti Baharuddin yang akan berkhidmat sebagai Personel MyStep di Unit Kewangan JBPM Putrajaya bermula 4 April 2022 hingga 3 April 2023, YS Pengarah juga menyeru agar semua dapat melaksanakan tugas dengan tekun dan professional.