SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 64 Putrajaya – 31 Ogos 2021 Suatu majlis ringkas dan serba sederhana telah dilangsungkan bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Ke 64 bertempat di Perkarangan Ibu Pejabat JBPM yang telah dirasmikan oleh YAS Dato Sri Ts Mohammad Hamdan bin Hj Wahid Ketua Pengarah JBPM. Didalam majlis ini YAS Ketua Pengarah telah memeriksa Perbarisan Kawalan Kehormatan Suku JBPM dan turut menyanyikan bersama Lagu Negaraku serta menyampaikan ucapan Selamat Hari Kebangsaan ke 64 kepada seluruh Keluarga JBPM yang turut menyaksikan secara dalam talian dari seluruh pelusuk negara, turut hadir didalam majlis ini adalah YAS Dato TKP (Operasi) dan YAS TKP (Pembangunan) serta Pengarah- Pengarah Bahagian dan Pengarah-Pengarah Negeri Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.Pihak pengurusan tertinggi jabatan juga mengambil kesempatan mengabadikan gambar kenang-kenangan pada tahun ini yang disambut dalam musim pendemik Covid 19 bersama semua urusetia dan petugas yang telah menjayakan majlis ini.