Bulan Ramadhan adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hambanya, sejajar itu juga satu Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Solat Hajat bersempena menyambut Bulan Ramadhan Tahun 2022 telah berlangsung pada 31 Mac( Khamis) 2022 bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 JBPM Putrajaya. YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya, PP Bahagian dan warga JBPM Putrajaya hadir bersama memeriahkan majlis tersebut, selain itu juga diadakan aktiviti tazkirah yang telah disampaikan oleh PU Muhammad Rozi Harun yang merupakan seorang pendakwah selebriti dan Pegawai Agama & Kebajikan Malaysia Airlines Berhad (MAB). Semoga kehadiran tuan/puan pada majlis ini akan beroleh rahmat dan menambahkan keberkatan dari Allah s.w.t.