SESI ZIARAH SUMBANGSIH RAYA 2022
Putrajaya, 28 April 2022 YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya telah berbesar hati hadir ke Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2022 di Balai- balai Bomba dan Penyelamat JBPM Putrajaya. Rombongan beliau telah disambut oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 dan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Presint 14 Putrajaya. Sesi Ziarah Sumbangsih Raya 2022 berupa kuih raya ini diadakan bagi menghargai anggota -anggota yang akan bertugas dan bersiapsiaga serta bersedia bagi menghadapi sebarang musibah di Putrajaya menjelang Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Hadir sama ialah Timbalan Pengarah PgKB II Henry Goliong, Pegawai-pegawai kanan, Ketua Balai dan anggota-anggota bertugas.