27 Oktober 2022 (Khamis) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Tadika Vonad Presint 11. Seramai 157 org pelajar tadika dan anak-anak taska dan 20 orang guru termasuk pekerja kantin terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir (BKK) dan Pasukan B, BBP Presint 7 yang diketuai oleh PBK II Khairel Azman bin Not.

Kanak-kanak beratur dan berbaris selepas loceng kecemasan dibunyikan. 
Kanak-kanak mula berkumpul untuk mendengarkan taklimat dari anggota bomba. 
Guru-guru diberi peluang mencuba sendiri memadamkan api kebakaran menggunakan alat pemadam api. 
Kanak-kanak Tadika Vonad Presint 11 bergambar kenangan dengan jentera bomba.
