Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Pertandingan Kawad Kecekapan Tahun 2023
Tarikh : 29 September 2023
Masa : 4.00 petang
Tempat : BBP Presint 14, Putrajaya
YS PgKB I Ashari bin Johari, Pengarah JBPM Putrajaya hadir bagi menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Pasukan Pertandingan Kawad Kecekapan 2023 di Perkarangan Padang Kawad BBP Presint 14. Pasukan PKK ini akan berlepas ke Terengganu bagi menyertai pertandingan tersebut. Hadir sama ialah penyelaras program PKK, PKPgB Mohd Taha Bin Husain bersama Penolong-Penolong Pengarah Bahagian. Semoga Pasukan PKK JBPM Putrajaya beroleh kemenangan di pertandingan tersebut.