Putrajaya – 26 April 2022 : Program Qaseh Ramadhan 1443H Bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya

PROGRAM QASEH RAMADAN 1443H BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA

Putrajaya, 26 April 2022

Sesi Program Qaseh Ramadan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah diadakan pada jam 12 tengah malam bertempat di perkarangan Bay Jentera JBPM Putrajaya.

Pada majlis ringkas tersebut, YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari Pengarah JBPM Putrajaya telah menerima kunjungan daripada Isteri Datuk Sri Tengku Adnan Tengku Mansor yang telah menyampaikan bungkusan makanan sahur kepada anggota-anggota bertugas.
Hadir sama ialah PgKB II Henry Goliong Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Penolong Pengarah Operasi, Ketua Balai Presint 7 dan PRO JBPM Putrajaya.

Skip to content