PUTRAJAYA – 27 April 2022 (Rabu)
AUDIT DALAMAN SISTEM KUALITI MS ISO 9001:2015 DAN SISTEM PENARAFAN BINTANG ( SSR ) 2022 JBPM PUTRAJAYA
Satu pemeriksaan Audit MS ISO 9001:2015 & SSR oleh pihak JBPM telah diadakan selama dua hari iaitu bermula pada 25 hingga 27 April 2022 yang diterajui oleh PgKB I Hadi Bin bagi mengetuai pasukan Audit ISO yang bertempat di Ibu pejabat JBPM Putrajaya, Lebuh Wawasan, Presint 7, Putrajaya. Pengauditan ini dilaksanakan adalah bagi memantau, menilai dan menentusahkan Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti di JBPM Putrajaya adalah selaras dengan keperluan Standard ISO 9001:2015. Segala penemuan, teguran dan cadangan daripada pihak auditor diterima baik dengan positif oleh semua warga JBPM Putrajaya untuk mengambil langkah penambahbaikan. Ketua Auditor merakamkan ucapan tahniah kepada semua pegawai JBPM Putrajaya di atas kesungguhan dan komitmen yang diberikan semasa semakan dijalankan. Semoga pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di JBPM Putrajaya dapat diimplimentasi dengan lebih baik dan berkesan bagi memenuhi kehendak pihak berkepentingan dari masa ke semasa.