Putrajaya – 22 Jun 2023 (Khamis)
Satu Lawatan Keselamatan Jawatankuasa Kecil Pemeriksaan Keselamatan Sasaran Penting Negara Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dijalankan bertempat di Stesen Janaelektrik Putrajaya Jalan Kajang- Puchong Bandar Baru Bangi Selangor. Taklimat ringkas mengenai instalasi termasuk kepentingan perkhidmatan dan kesan kepada negara jika musnah, sistem keselamatan, keupayaan mengawal, perancangan pengurusan keselamatan masa hadapan termasuk perancangan kontijensi dan pengurusan risiko telah disampaikan oleh Tuan Ir Haji Wan Mohd Fauzi bin Wan Sulaiman Pengurus Besar Stesen Janaelektrik Putrajaya. Sesi taklimat dan pemeriksaan ini dihadiri oleh YS PgKB I Ashari bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya bersama PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan semua Ahli Jawatankuasa Pemeriksa setiap jabatan dan agensi keselamatan.