BENGKEL PENGUKUHAN PEMANDUAN JENTERA KECEMASAN TANKER JBPM PUTRAJAYA
Satu Bengkel Pengukuhan Pemanduan Jentera Tanker JBPM Putrajaya 2023 telah berlangsung pada 30 Oktober 2023 sehingga 02 November 2023 bertempat di BBP Presint 14, dan laluan yang telah ditetapkan seperti Sg Merab – Salak Tinggi – Cyberjaya serta latihan praktikal pump di Tasik Putrajaya Presint 5. Kursus ini melibatkan 14 orang peserta dari kalangan anggota JBPM Putrajaya bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran teknik pemanduan tanker yang betul seperti ujian perjalanan, mendaki, parking kenderaan dan cara pemanduan yang berhemah. Teknik pemanduan telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Penyelaras kursus PBK I Mohd Jamalie Bin Mohd Rohimi, Tenaga pengajar iaitu PBK II (KUP) Badrul Hisham Bin Hassan dan PBK II (KUP) Raimy Irwan Bin Mahadi telah memberikan input berkesan bagi meningkatkan tahap kualiti pemanduan peserta yang terlibat. Impak positif yang dilihat dari kursus ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dari aspek teori dan praktikal serta meningkatkan kompentensi pasukan pemandu bagi menghadapi sebarang insiden bantuan kebakaran.Majilis Penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh PgB Mohd Afizi bin Zolkilfi (PPON) pada 02. November 2023 masa 1200 di Tasik Putrajaya Presint 5.