Tarikh : 24/6/2022
Masa : 0900 Pagi
Suatu Kejohanan Ping Pong antara Bahagian dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah dilangsungkan pagi tadi. Pertandingan melibatkan 4 buah pasukan bertanding iaitu Pasukan Pegawai kanan, BBP Presint 7 (1), BBP Presint 7(2) dan BBP Presint 14. Kejohanan telah dirasmikan oleh PgKB II Henry Goliong, Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya. Turut hadir PgB Mohd Afizi Bin Zulkifli Pen. Pengarah Bhgn Operasi Kebombaan dan Penyelamat, TPgB II Yaacob Bin Jusoh Ketua Balai BBP Presint 7 dan PPgB Dianty Binti Husain Ketua Balai BBP Presint 14. Pertandingan yang diadakan secara liga dalam satu kumpulan telah menobatkan pasukan BBP Presint 7(1) sebagai juara. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.