Kursus Asas Renang JBPM Putrajaya 2023
Satu Kursus Asas Renang JBPM Putrajaya 2023 telah berlangsung pada 23-26 Oktober 2023 bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 11 dan Pusat Akuatik Universiti Tenaga Nasional. Kursus ini melibatkan 14 orang peserta dari kalangan anggota JBPM Putrajaya bertujuan untuk meningkatkan tahap kemahiran penyelamatan khususnya teknik renangan telah selesai dilaksanakan dengan jayanya.
2 orang penceramah jemputan iaitu PBK I Mohd Ariff bin Mohd Yusof (ABPM Wilayah Tengah) dan PBK I (KUP) Muhamad Fairus bin Ibrahim (ABPM Wilayah Timur) telah memberikan input berkesan bagi meningkatkan tahap kualiti renangan peserta yang terlibat. Penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh PgB Mohd Afizi bin Zolkilfi (PPON) selaku penyelaras kursus.
Impak positif yang dilihat dari kursus ini akan diteruskan pada masa akan datang bagi meningkatkan tahap kemahiran dan keupayaan anggota dan pegawai bagi menghadapi sebarang insiden khususnya yang melibatkan insiden di badan-badan air.