Telah berlangsung Kursus Pengukuhan Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) dari 23 Julai hingga 27 Julai 2023 bertempat di Pulau Perhentian Terengganu. Kursus ini telah disertai oleh 16 peserta PPDA dari JBPM Putrajaya, diketuai oleh PgB Afizi Bin Zolkifli (Pen. Pengarah Bah. Operasi dan Penyelamat JBPM Putrajaya ) dan dibantu oleh PBT II Mohd Peter Bin Tengah, PBK I (KUP) Mohd Zaharim Bin Yusof, PBK II (KUP) Nik Azman Bin Nik Man dan PBK II (KUP) Erie Azree Bin Abdullah masing masing daripada JBPM Terengganu.