Pada 22 September 2023 telah berlangsungnya Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2023 (KKPAP 2023) yang mana karnival ini telah disertai oleh 11 agensi iaitu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kewangan (MOF), Perbadanan Putrajaya (PJH), Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP), Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya (IPD Putrajaya) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM). JBPM Putrajaya juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai Pertandingan Perahu Panjang yang diadakan pada 23 hingga 24 September 2023 (Sabtu -Ahad), jam 8.00 pagi – 5.00 petang bertempat di Kompleks Futsal Presint 18, Putrajaya. JBPM telah menghantar pasukan dalam tiga (3) kategori iaitu Lelaki, Wanita dan Campuran. Bagi kategori Lelaki JBPM telah berjaya merangkul tempat Ketiga manakala bagi kategori Wanita dan Campuran JBPM telah berjaya menempatkan diri ke tempat ke-5. Karnival yang telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran ribuan pengunjung. KKPAP2023 akan berlangsung sehingga 24 September 2023 (Ahad) ini dengan pengisian yang hebat antaranya WOW Zapin Putrajaya, Acara Sukan Air Perahu Naga dan Kayak serta pameran-pameran dari pelbagai agensi terlibat. #karnivalkomunitiputrajaya2023 #pestaairputrajaya #putrajaya #perbadananputrajaya #karnival #komunitiputrajaya #ppj