Bengkel Standard Operasi Bencana Orang Kurang Upaya Putrajaya di Dewan Cempaka Sari, Perbadanan Putrajaya dirasmikan oleh YBrs. En. Shamsul Baharin Bin Rahmat, Naib Presiden Jabatan Perancang Bandar, Perbadanan Putrajaya. Seramai 70 orang peserta dari Golongan Orang Kurang Upaya Putrajaya hadir ke majlis tersebut. JBPM Putrajaya di jemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan keselamatan kebakaran di rumah. Semoga perkongsian pada kali ini memberi manfaat yang baik kepada semua yang hadir.
YBrs. En. Shamsul Baharin Bin Rahmat, Naib Presiden Jabatan Perancang Bandar, Perbadanan Putrajaya merasmikan majlis tersebut. YBrs. En. Shamsul Baharin Bin Rahmat bersama dengan hadirin yang terdiri daripada Golongan Orang Kurang Upaya Putrajaya sedang mendengarkan ceramah keselamatan.