21 Oktober 2023 (Sabtu) – Syarikat Getha Bedding Sdn. Bhd. telah memilih Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya bagi mengadakan Program Corporate Social Responsibility (CSR) pada kali ini. Program yang melibatkan penghuni daripada Rumah Anak-anak Yatim San Tai Cheras ini telah diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7. Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti tindakan menyelamatkan diri, good fire & bad fire, demonstrasi pemadaman api dapur, kebocoran tong gas, latihan penggunaan Alat Pemadam Api, fire truck ride & water fun. Program ini telah dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir dan dibantu oleh PBK II Mohd Zamanee bin Hasbullah@Yunus bersama anggota-anggota Pasukan C.