20 September 2022 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, penggunaan alat pemadam api, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(2), Presint 18. Seramai 1200 orang murid-murid dan guru termasuk pekerja am, pegawai keselamatan & pekerja kantin terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Lizawati binti Mohd Nasir (BKK) dan Pasukan C, BBP Presint 14 yang diketuai oleh PBK II Hamdan bin Mohd Yusof.
PBK II Hamdan Bin Mohd Yusof sedang menyampaikan taklimat kepada guru-guru dan murid-murid Sek. Keb. Presint 18(2). Murid-murid Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 18(2), Presint 18 sedang mendengarkan taklimat yang disampaikan oleh pegawai bomba. Anggota bomba dari BBP Presint 14 menunjukkan demonstrasi cara dan teknik penyelamatan dilakukan. Murid-murid didedahkan dengan teknik pemadaman api yang betul.