Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah mengadakan taklimat persediaan menghadapi temuduga bagi urusan pemangkuan jawatan Pegawai Bomba Gred KB19 ke Gred KB22 dan Pegawai Bomba Gred KB22 ke Gred KB24 JBPM Putrajaya yang telah diadakan pada 2 Mac 2023 (Khamis) jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Anggerik. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh PKPgB Nik Mohd Dzarrin Ghiffari bin Azmy dan PKPgB Yusrizan bin Yaacob kepada calon temuduga. Taklimat ini turut dihadiri oleh YS Pengarah bersama Penolong Pengarah Bahagian JBPM Putrajaya.