18 Julai 2023 (Selasa) – Latihan kebakaran merangkumi latihan pengungsian bangunan, tindakan awal menyelamatkan diri & tindakan pencegahan kebakaran diadakan di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Presint 1, Putrajaya. Seramai 410 orang penghuni termasuk pekerja pembersihan yang terlibat dalam latihan ini yang dikendalikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari Pasukan B BBP Presint 7 dan BBP Presint 14 yang diketuai oleh PBK II Raimy Irwan Bin Mahadi .Pemeriksaan bangunan dibuat oleh pasukan Bomba sebelum disahkan selamat untuk diduduki semula pada pukul 10.46pagi.Pemerhati dari JBPM Putrajaya untuk Latihan Kebakaran ini diketuai oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain dan Anggota dari BBP Presint 7.