Putrajaya – 17 Disember 2022 : Putrajaya Lake and Wetland Explorace 2022

17 Dis 2022 (Sabtu) – * PgKB I Nor Arifin Kamari, Pengarah JBPM Putrajaya merupakan salah satu tetamu jemputan bagi sesi _flag off_ Putrajaya Lake and Wetland Explorace 2022 yang berlangsung di sekitar Taman Wetland Putrajaya. Program ini dirasmikan oleh YBhg. Dato’ TPr. Fadhlun bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan disaksikan oleh Pengarah-pengarah Bahagian Perbadanan Putrajaya. Manakala YS Pengarah JBPM Putrajaya merupakan jemputan khas bagi acara perasmian ini. Program yang berlangsung di Taman Wetland yang berkeluasan sekitar 200 hektar ini menghimpunkan seramai 250 peserta yang terdiri dari masyarakat setempat, agensi kerajaan dan pelajar IPTA. JBPM Putrajaya juga diberi mandat untuk menyediakan dan mengawal selia CP 17 dan CP 18 yang merupakan acara rentas tasik (water crossing) dan melibatkan aktiviti di air.

ms_MYMalay