17 Julai 2023M bersamaan 28 Zulhijjah 1444H
KUNJUNGAN HORMAT PHILIPPINE PUBLIC SAFETY COLLEGE, NATIONAL FIRE TRAINING INSTITUTE KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Seramai 58 Pegawai dari Philippine Public Safety College, Fire Training Institute telah mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Putrajaya. Dalam siri lawatan ini Fire Training Institue telah menjadikan JBPM sebagai salah satu negara destinasi mereka selain Singapura.Ketibaan mereka telah disambut oleh Pengurusan Tertinggi Jabatan yang diketuai oleh YAS Dato Ts Nor Hisham bin Mohammad TKP( P) dan Pengarah-Pengarah Bahagian serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan telah diberikan taklimat organisasi bertempat di Dewan Mesyuarat Tanjung JBPM. Pada kesempatan ini semua pegawai-pegawai ini telah di pertontonkan juga satu Demontrasi pemadaman dan menyelamat oleh Pasukan Rapid Intervention Motorcycle(RIM) JBPM dan berinteraksi bersama serta berkongsi ilmu dan pengalaman dari pegawai bomba JBPM.Sebagai melengkapkan kunjungan hormat ini satu sesi bergambar kenangan telah diabadikan diantara Pengurusan Tertinggi Jabatan bersama semua Pegawai dari Philippine Public Safety College, National Fire Training Institute dan sajian makan tengahari telah diadakan di Dewan Sutera JBPM. YAS TKP(P) juga berbesar hati menyempurnakan penyampaian cenderahati kepada Chief Superintendent Belinda Ochave Pengarah National Fire Training Institute.