Putrajaya 17 Januari 2024 – Rabu Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra, Salam Malaysia Madani.Satu Majlis penyerahan Sijil Perakuan Bomba(Fire Certificate) kepada Hospital Putrajaya bertempat di Auditorium Hospital Putrajaya. Pengarah JBPM Putrajaya YS PgKB I Ashari bin Johari didalam ucapannya merakamkan ucapan tahniah kepada Pengarah Hospital Putrajaya dan Jawatankuasanya atas komitmen memastikan Hospital Putrajaya memperolehi Sijil Perakuan Bomba. Pengarah Hospital Putrajaya Dr Suraya Binti Amir Husin memberi ucapan balas beliau dengan merakamkan jutaan terima kasih kepada JBPM Putrajaya kerana telah membantu memastikan Hospital Putrajaya selamat untuk beroperasi dan serentak itu juga YS PgKB I Ashari bin Johari menyerahkan Sijil Perakuan Bomba kepada YBrs Dr Suraya binti Amir Husin Pengarah Hospital Putrajaya didalam majlis yang serba ringkas dan penuh bermakna serta bersejarah kepada Hospital Putrajaya.Turut hadir pada majlis tersebut PgB Fadhlul Wafi bin Keya Nordin Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran JBPM Putrajaya dan Pegawai-pegawai Kanan JBPM Putrajaya serta Kakitangan Hospital Putrajaya.