JEMPUTAN KE MAJLIS MESRA PERBADANAN PUTRAJAYA BERSAMA KOMUNITI (TOWN HALL)
PUTRAJAYA – 16 Ogos 2023 ( Rabu) Perbadanan Putrajaya (PPj) telah mengadakan Majlis Mesra Perbadanan Putrajaya Bersama Komuniti (Town Hall) bertempat di Presint 9, Putrajaya. Tujuan utama program santai ini adalah untuk mendapatkan pandangan, maklum balas dan cadangan daripada pemegang taruh khususnya pemimpin-pemimpin komuniti Putrajaya berkenaan penyampaian perkhidmatan Perbadanan Putrajaya dan agensi-agensi yang berkaitan. Majlis mesra ini akan diadakan padaTarikh: 16 ogos 2023 (Rabu)Masa : 8.00-10.30 malamTempat: Bilik Serbaguna, Aras 1 Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. YS Pengarah JBPM Putrajaya telah dijemput bersama- sama Presiden Perbadanan Putrajaya, Ketua Polis Daerah Putrajaya , Bahagian Pengurusan Hartanah dan Ahli2 Panel yang lain hadir memeriahkan lagi Majlis Mesra pada kali ini.