* MESYUARAT AGONG PERSATUAN ISTERI DAN PEGAWAI WANITA BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA (PERISMA) KEBANGSAAN KALI KE -6 2023*
PERISMA telah melangsungkan Mesyuarat Agongnya bagi sesi ke enam(6) bertempat di Dewan Sutera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Isteri-isteri Bomba dan Pegawai Wanita Bomba dari seluruh Negara telah hadir bagi pemilihan Kepimpinan Jawatankuasa yang baru. Sebahagian ahlinya ada yg menghadirinya secara atas talian. YAS Dato Abdul Wahab bin Mat Yasin Ketua Pengarah JBPM telah hadir sama bagi merasmikan Mesyuarat Agong PERISMA Kali Ke Enam(6) dan serentak itu juga melancarkan Lagu Korporat “PERISMA PERKASA” hasil ciptaan TPgB II Azalin bin Samdin dan Lirik Oleh PgKB II Siti Farizun binti Naim /TPgB II Azalin bin Samdin dari JBPM Putrajaya. Turut sama hadir ke Perasmian Mesyuarat Agong adalah YAS Dato Ts Nor Hisham bin Mohammad Tmbalan Ketua Pengarah(Pembangunan) JBPM , PKPjB Hj Azlimin bin Mat Noor PPjB Azli bin Sadon, PgKB I Ashari bin Johari, Komandan ABPM Wilayah Utara Perak.