TAKLIMAT MALAYSIA MADANI
15.02.2024 / 5 Syaaban 1445H | Rabu
Bertempat di Dewan Sutera JBPM Putrajaya telah berlangsungnya Taklimat Malaysia Madani Perkhidmatan Awam Peringkat JBPM Putrajaya yang disampaikan oleh PKPgB Mohd Taha Bin Husain Pegawai Latihan JBPM Putrajaya. Majlis ini turut dihadiri oleh PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya, Penolong Pengarah Bahagian, Pegawai Kanan serta seluruh warga JBPM negeri Putrajaya .
PgB Fadhlul Wafi Bin Keya Nordin turut mengetuai bacaan ikrar Integriti bersama warga JBPM Putrajaya bagi tahun 2024.