PEMBERITAHUAN PENEMPATAN
15 Disember 2021 ( Rabu ), Sukacita dimaklumkan bahawa PgKB I Nor Arifin bin Kamari telah ditempat selaku Yang Setia Pengarah di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Putrajaya berkuatkuasa 15 Disember 2021. Serentak dengan itu juga satu Upacara Perbarisan Tabik Hormat YS Pengarah telah diadakan bertempat di Padang Kawad Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7 Putrajaya. Di upacara tersebut YS Pengarah berbesar hati untuk memeriksa perbarisan kehormat yang terdiri dari 37 orang anggota lain-lain pangkat diketuai oleh PPgB Mohamad Ammirol bin Mat Sidek dengan diringi oleh Pasukan Pancaragam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Pada kesempatan ini juga YS Pengarah telah diperkenalkan kepada semua Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Unit dan Ketua-Ketua Balai Putrajaya, turut hadir di upacara ini adalah Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya dan semua kakitangan gunasama JBPM Putrajaya.