Putrajaya – 13 September 2023 : Kunjungan Hormat Changyeong County Council Korea Selatan Ke Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya

PUTRAJAYA : 13 September 2023 ( RABU)

KUNJUNGAN HORMAT CHANGYEONG COUNTY COUNCIL KOREA SELATAN KE JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PUTRAJAYA

Changyeong County Council(CCC) Korea Selatan telah mengadakan Kunjungan Hormat ke Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia(JBPM) Putrajaya. YAS Dato Ts. Nor Hisham Bin Mohammad telah menyantuni Delegasi Korea dan memberikan taklimat organisasi JBPM serta mengadakan perbincangan hubungan kerjasama antara JBPM dan CCC . Delegasi Korea ini juga dibawa melawat Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Delegasi Korea telah disambut oleh YS Pengarah JBPM Putrajaya beserta Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan turut hadir sama didalam sesi lawatan kerja ini dan menerangkan kemudahan fasiliti balai dan kekuatan Aset Jabatan dalam memberi Perlindungan Keselamatan Kebakaran kepada Masyarakat dan diakhiri dengan sesi bergambar kenangan.

Skip to content