12 April 2022 ( Selasa) – JBPM Putrajaya telah mengambil inisiatif mengadakan Program Audit Silang sebagai persediaan awal menghadapi pemeriksaan Audit MS ISO 9001:2015 dan Audit Sistem Penarafan Bintang yang dijangka akan berlangsung pada 24 – 25 April 2022. Pada kali ini JBPM telah menjemput TPgB II Mohd Yusaimi bin Zulkifli , PKPgB Mohd Hazren b. Mohd Zahardan PPgB Mohd Shafie b Sulong selaku auditor bagi membantu semua bahagian-bahagian menambahbaik dokumentasi sediada. Pada majlis penutupan yang diadakan YS Pengarah JBPM Putrajaya telah hadir sama mendengar rumusan hasil semakan dari para auditor dan beliau juga turut menyampaikan cenderahati kenangan sebagai tanda terima kasih dari JBPM Putrajaya.