*ZIARAH DAN MENYANTUNI ISTERI PEGAWAI BOMBA SAKIT OLEH YS PENGARAH JBPM PUTRAJAYA *
Jumaat, 11 Ogos 2023 – YS Pengarah JBPM Putrajaya bersama-sama YBhg Datin Sri Nor Latifah Binti Jaafar, YBhg Datin Batiyah binti Bakar, Naib Yang Di Pertua Perisma Kebangsaan, PP Bahagian Pengurusan JBPM Putrajaya, Ketua-ketua Balai, Pegawai-pegawai kanan dan kakitangan gunasama JBPM Putrajaya telah meluangkan masa menziarahi isteri kepada PBK II (KUP) Rohaisatria Bin Rokinan yg bertugas di BBP Presint 7 Putrajaya, isteri beliau yang masih menerima rawatan kimoterapi di IKN Putrajaya susulan menghidapi Kanser Payudara. Dalam kunjungan ini YBhg Datin Sri selaku Yang Di Pertua PERISMA Kebangsaan telah menyampaikan sumbangan mewakili seluruh ahli Perisma dan YS PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya juga turut menyampaikan sumbangan mewakili seluruh warga kerja JBPM Putrajaya kepada Puan Ratih Wirasari binti Umar. Mohon semua mendoakan semoga beliau diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.