Bahagian Latihan, JBPM Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pengukuhan Compartment Fire Behaviour Technique (CFBT) Peringkat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya pada 9 November hingga 11 November 2022 bertempat di Bilik Kuliah Anjung Ilmu, JBPM Putrajaya. Kursus ini telah dikendalikan oleh TPgB Mohammad Bin Idris dan dibantu PB Mohd Rofiki Bin Md Yasin. Seramai 18 orang peserta telah terlibat dengan kursus ini. Kursus ini merupakan kursus terakhir bagi Tahun 2022.