MAJLIS PEMAKAIAN TANDA PANGKAT GRED KB 26 DAN GRED KB 22 ( TBK I)
11 April 2021 (Isnin) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya telah melaksanakan Majlis Pemakaian Tanda Pangkat Pegawai Bomba Tinggi Gred KB 26 dan KB 22 (TBK I ) bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Presint 7, Putrajaya. Majlis Pemakaian Tanda Pangkat telah disempurnakan oleh YS PgKB I Nor Arifin Bin Kamari, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Putrajaya. Pemakaian tanda pangkat tersebut telah disampaikan kepada seorang Pegawai Bomba Tinggi Gred KB 26 dan 10 orang Pegawai Bomba KB 22 (TBBK I ). Semoga dengan kejayaan ini akan mampu meningkatkan kualiti kerja dan memberikan perkhidmatan cemerlang kepada masyarakat dan jabatan. Turut hadir dalam majlis tersebut PgKB II Henry Goliong, Timbalan Pengarah JBPM Putrajaya, Penolong-penolong Pengarah Bahagian, Ketua-Ketua Balai dan Pegawai-pegawai JBPM Putrajaya. Tahniah diucapkan kepada semua penerima.