PUTRAJAYA : 10 September 2023 (Ahad)
*KHIDMAT KHAS MENYELAMATKAN KUCING TERPERANGKAP DI DALAM SALURAN AIR*
Pada 10 September 2023 jam 1.12 petang, BBP Presint 7 telah menerima panggilan kecemasan mengenai seekor kucing yang terperangkap di dalam saluran air hujan.Diketuai oleh PBK II Khairel Azman bin Not bersama 4 orang anggota telah ke tempat kejadian dan menyelamatkan kucing tersebut dengan cara menebuk lantai konkrit tebing salur air hujan. Pihak Perbadanan Putrajaya juga turut sama membantu menyelamatkan kucing tersebut. Operasi tersebut selesai pada jam 3.50 petang.