Putrajaya- 10 Ogos 2023( Khamis)
MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KONTINJEN IBU PEJABAT JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA SUKAN BOMBA MALAYSIA (SUKBOM)TAHUN 2023
Satu majlis penyerahan bendera kontinjen Ibu Pejabat JBPM ke Sukan Bomba Malaysia ( SUKBOM) di Negeri Johor Tahun 2023 telah berlangsung bertempat di Dewan Sutera JBPM Putrajaya. YAS Dato Sri Abdul Wahab Bin Mat Yasin telah berbesar hati memberikan ucapan dan kata semangat kepada semua para atlet yang terlibat untuk berusaha keras membawa Pingat Emas bagi semua acara dan seterusnya menjadi juara keseluruhan. Serentak itu juga YAS Dato Sri Ketua Pengarah menyerahkan Bendera Kontinjen Ibu Pejabat kepada Chef De Mission YS PKPjB Kamaruzaman bin Malik dan Bendera Negeri Putrajaya kepada YS Dato Norazam Bin Hj Khamis.