Putrajaya- 10 Ogos 2023( Khamis)
JEMPUTAN PROGRAM JALINAN MESRA RAKAN STRATEGIK SEKTOR PENGURUSAN DAN PROFESIONALISME SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA TAHUN 2023
YS PgKB I Ashari Bin Johari Pengarah JBPM WP Putrajaya bersama Penolong Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran PgB Fadhlul Wafi Bin Keya Nordin telah menghadiri pertandingan menembak di kalangan rakan strategik dari Kementerian/Agensi dan Objektif program adalah bertujuan untuk mengeratkan dan menghargai rakan strategik luar dalam aspek perbincangan dan amalan terbaik bagi meningkat keupayaan pengurusan dan professionalisme. Disamping meningkatkan perkongsian dan kesedaran terhadap keperluan sokongan pada tindakan pencegahan rasuah , penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa dan mewujudkan perkongsian dan kesedaran dari aspek keselamatan pengunaan dan pengendalian senjata api. Dalam program ini juga telah diadakan Pertandingan menembak menggunakan senjata api bagi kategori ketepatan individu, tembakan pantas dan jatuhan piring.