Majlis penutupan Audit MS ISO 9001:2015 & MS ISO 37001:2016 telah berlangsung bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah. Puan Suri Yati telah membentangkan laporan ketidakpatuhan dalam mematuhi prosedur yang ditetapkan. Ia adalah satu mekanisme untuk mengukur dan mengkaji kelemahan- kelemahan yang perlu diperbaiki. Majlis ini telah dipengerusikan oleh YS PgKB I Ashari bin Johari Pengarah JBPM Putrajaya, turut hadir semua Penolong-Penolong Pengarah Bahagian, Ketua Balai, Ketua Cawangan dan Unit JBPM Putrajaya. Hasrat YS Pengarah kepada semua Bahagian dan Balai untuk meneruskan kecemerlangan yang ada ke tahap lebih gemilang pada tahun hadapan.Terima kasih kepada pegawai-pegawai audit yang telah memberikan teguran dan komen membina serta komitmen tinggi sepanjang audit di jalankan.